Posts

Tahniah, Anda Hamil! Ketahui 10 Tanda-Tanda Hamil Supaya Anda Lebih Bersedia

Image
Detik hati atau instinct perempuan ini sangat kuat, apatah lagi instinct seorang bakal Mama. Saya percaya, mesti ramai kaum Hawa di luar sana pernah berada dalam situasi “agak-agaknya aku pregnant kot?”. Sebenarnya, ada banyak tanda-tanda yang sering bakal Mama terlepas pandang semasa di awal kehamilan. Diam tak diam, anda mendapat perkhabaran yang disahkan Doktor bahawa anda sedang hamil. Disini, saya kongsikan 10 tanda hamil sebagai rujukan untuk anda. Jadi, bolehlah anda membuat persiapan mental sebelum mendapat perkhabaran gembira dari Doktor.  10 Tanda Hamil Buat Bakal Ibu  #1 Kekejangan atau Pendarahan Kecil Sebenarnya, di dalam bidang perubatan, minggu pertama kehamilan dilabelkan pada minggu haid terakhir walaupun ketika itu anda belum pun hamil secara lahiriahnya. Dari minggu pertama hingga keempat kehamilan setelah ovum disenyawakan, ia akan melekat di dinding rahim. Ini akan menyebabkan kekejangan dan pendarahan kecil dalam rahim yang selalu disalahanggap sebagai darah hai

Tanda tanda Mengandung Anak Perempuan Bakal Ibu wajib Tahu

Image
Setelah disahkan hamil, para ibu tentu teruja dan tertanya-tanya jantina bayi yang dikandung . Bayi lelaki atau perempuan ya? Hmm kalau nak scan, masih terlalu awal ni. Orang tua-tua cakap, kalau kandungan tu anak perempuan, ada tanda-tanda. Apakah tanda mengandung anak perempuan ya? 15 Tanda Anda Mengandungkan Anak Perempuan 1. Bentuk Perut kenali tanda mengandung anak perempuan dengan perut ibu mengandung Photo credit: istockphoto Para ibu yang pernah mengandungkan anak perempuan pernah tak ditegur oleh orang-orang tua macam ni: Eh, mengandung anak perempuan ke? Nampak tinggi je perut ni. Kebiasaannya, ibu hamil dikatakan mengandungkan anak perempuan jika kedudukan perutnya kelihatan tinggi atau di atas dan membulat. Berbeza dengan anak lelaki yang kedudukan perut ibu akan kelihatan lebih rendah. 2. Kulit Berjerawat dan Berminyak Perubahan pada kulit ibu mengandung juga boleh menjadi salah satu tanda mengandung anak perempuan. Jika jerawat mula timbul dan kulit anda kelihatan berminy

Petua Hilangkan Batuk Bayi (Selain Menggunakan Bahan-Bahan Di Rumah)

Image
  Hmm…risaunya tengok si comel batuk-batuk. Kadang-kadang kelihatan seperti semakin sembuh, tetapi apabila tiba waktu malam, bertambah teruk pula batuknya.  Adakah anda sedang berada dalam situasi ini? Mak mana yang tidak risau bayinya batuk-batuk bukan? Dah cuba pelbagai petua hilangkan batuk bayi, namun masih belum jumpa yang betul-betul mujarab.  Selain itu, Mama juga harus tahu, disebabkan sistem badan si comel yang masih belum matang, ubat batuk yang biasa diambil oleh ibu bapa adalah tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka. Namun begitu, Mama boleh masih terus mencuba pelbagai petua hilangkan batuk bayi yang lain. Selagi belum cuba belum tahu kesannya bukan? Terdapat pelbagai kaedah dan petua yang boleh gunakan untuk mencegah dan melegakan batuk si comel yang Mama boleh praktikkan.  Sebelum itu, Mama adalah lebih baik untuk Mama tahu mengenai punca batuk pada bayi Mama.  Apakah Punca Batuk Pada Bayi? Bak kata pepatah Melayu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebelum