Tanda tanda Mengandung Anak Perempuan Bakal Ibu wajib Tahu

tanda tanda mengandung

Setelah disahkan hamil, para ibu tentu teruja dan tertanya-tanya jantina bayi yang dikandung. Bayi lelaki atau perempuan ya? Hmm kalau nak scan, masih terlalu awal ni. Orang tua-tua cakap, kalau kandungan tu anak perempuan, ada tanda-tanda. Apakah tanda mengandung anak perempuan ya?


15 Tanda Anda Mengandungkan Anak Perempuan

1. Bentuk Perut

kenali tanda mengandung anak perempuan dengan perut ibu mengandung

Photo credit: istockphoto

Para ibu yang pernah mengandungkan anak perempuan pernah tak ditegur oleh orang-orang tua macam ni:


Eh, mengandung anak perempuan ke? Nampak tinggi je perut ni.

Kebiasaannya, ibu hamil dikatakan mengandungkan anak perempuan jika kedudukan perutnya kelihatan tinggi atau di atas dan membulat. Berbeza dengan anak lelaki yang kedudukan perut ibu akan kelihatan lebih rendah.



2. Kulit Berjerawat dan Berminyak

Perubahan pada kulit ibu mengandung juga boleh menjadi salah satu tanda mengandung anak perempuan. Jika jerawat mula timbul dan kulit anda kelihatan berminyak, anda berkemungkinan mengandung anak perempuan.


Kata orang, ibu yang hamil anak perempuan kelihatan kusam kulitnya kerana cantik itu ‘diambil’ oleh anaknya. Walaupun begitu, ini mungkin juga terjadi kerana perubahan hormon ketika hamil kerana terdapat juga pendapat yang mengatakan, jika kulit anda kusam ketika hamil, anda mungkin mengandungkan anak lelaki.


3. Kulit Lebih Lembut

Jika anda mengandungkan anak perempuan, kulit anda mungkin lebih lembut. Walaupun tiada kajian yang dapat mengesahkannya, sesetengah berpendapat bahawa ia merupakan salah satu tanda bahawa kandungan itu adalah anak perempuan.


4. Morning Sickness

morning sickness tanda mengandung

Photo credit: istockphoto

Para ibu yang mengandungkan bayi perempuan dikatakan akan mengalami morning sickness yang teruk. Betul ke? Hal ini dikatakan lebih teruk pada waktu pagi.


5. Emosi tidak Stabil

Jika anda mengalami ketidakstabilan emosi yang kerap dan melampau, anda mungkin hamil anak perempuan. Dalam tempoh yang singkat, anda boleh berubah-ubah perasaan. Cepat marah, cepat sedih dan sebagainya.


Ketidakstabilan emosi ini boleh menjadi salah satu tanda anda hamil anak perempuan. Sesetengah berpendapat bahawa ketika mengandungkan anak perempuan, kadar estrogen di dalam badan si ibu adalah lebih tinggi dan menyebabkan ia menjadi lebih sensitif.


6. Mengidam Makanan Manis-manis

Selain daripada itu, selera para ibu ketika mengandung anak perempuan dikatakan lebih cenderung kepada makanan yang manis. Sebagai contoh, buah-buahan yang manis, aiskrim dan coklat.


Jika anda lebih gemar makanan seperti ini berbanding dengan makanan yang masam sebagai contohnya, anda mungkin sedang mengandungkan anak perempuan.


7. Posisi Tidur

Para ibu mungkin perasan, ketika hamil, anda mungkin ada corak tidur yang tersendiri. Contohnya, anda lebih cenderung mengiring menghala ke kanan ataupun ke kiri ketika tidur. Kebiasaannya, jika anda cenderung untuk mengiring ke kanan, anda dikatakan mengandung anak perempuan.


Dan jika ke kiri, kemungkinan anak anda adalah lelaki.


8. Rambut yang Nipis dan Kurang Bermaya

tanda mengandung anak perempuan - perubahan pada rambut ibu mengandung

Photo credit: istockphoto

Ketika hamil, jika rambut anda menjadi semakin nipis dan kelihatan kusam tidak bermaya, sesetengah orang tua-tua dahulu berpendapat bahawa anda mungkin ini merupakan tanda anda mengandung anak perempuan.


Sebaliknya, jika anak lelaki, rambut anda akan kelihatan bersinar dan lebih lebat.


9. Kadar Denyutan Jantung yang Lebih Cepat

Terdapat juga aspek lain yang sering dilihat sebagai tanda bahawa anda hamil anak perempuan iaitu kadar denyutan jantung bayi anda.


Jika denyutan jantung bayi anda adalah 140 per minit atau lebih, anda mungkin hamil bayi perempuan.


10. Warna Air Kencing

Benarkah warna air kencing si ibu boleh menjadi penanda jantina bayi? Ada pendapat yang mengatakan bahawa jika air kencing anda berwarna kuning cair, anda mungkin akan melahirkan bayi perempuan. Berbeza dengan anak lelaki, air kencing anda mungkin kelihatan lebih pekat warnanya.


11. Perubahan pada Payudara

tanda mengandung anak perempuan - perubahan pada payudara ibu mengandung

Photo credit: istockphoto

Saiz payudara para ibu yang hamil anak perempuan dikatakan lebih besar di sebelah kiri. Selain itu, ada juga yang berpendapat jika terdapat perubahan pada saiz payudara yang drastik, ia juga merupakan tanda anda mengandung anak perempuan.


12. Pertambahan Berat Badan Suami

Terdapat juga pendapat yang mengatakan, jika hamil anak perempuan, berat badan pasangan anda akan bertambah seiring dengan anda. Jangan pelik ya jika ada yang mengaitkan pertambahan berat badan suami anda dengan jantina bayi.


13. Perubahan Bentuk Hidung

Kata orang, lihatlah pada bentuk hidung si ibu untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung. Jika hidung ibu kelihatan kembang dan melebar, itu tanda bahawa kandungannya adalah bayi lelaki. Dan jika tiada perbezaan dengan keadaan hidungnya sebelum hamil, ini mungkin tanda anda mengandung anak perempuan.


14. Penambahan Berat Berpusat di Tengah Badan

berat ibu mengandung dengan mengukur size

Photo credit: istockphoto

Jika ketika hamil, berat badan anda bertambah di kawasan pertengahan badan, anda mungkin hamil anak perempuan. Sebagai contoh, punggung anda bertambah lebar dan lebih besar.


15. Linea Nigra

Ada juga yang meneka jantina bayi berdasarkan linea nigra di perut si ibu. Jika linea nigra kelihatan hanya di kawasan bawah pusat atau kurang jelas dan putus-putus garisannya, itu tandanya anda mungkin hamil anak perempuan.


Sama ada bayi anda lelaki ataupun perempuan, itu sebenarnya tidaklah lagi penting dari kesihatan mereka. Para ibu haruslah sentiasa positif agar kandungan anda sentiasa sihat. Sentiasalah bersedia untuk sebarang kemungkinan dan pada masa yang sama, kerapkanlah berdoa semoga proses kelahiran si comel mudah dan selamat.


TANDA TANDA KEHAMILAN

Apakah antara tanda tanda kehamilan? Bagi yang baru berkahwin, tentu sekali tidak biasa tentang tanda-tanda mengandung. Kahwin awal, maka hamil muda? Apabila tidak sedap badan, ramai berasakan tidak sihat dan terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Selalu berlaku, doktor akan memberikan berita gembira yang tidak disangka-sangka!


Berbanding yang sudah pernah mengandung, tanda-tanda ini cukup jelas dan sudah difahami. Ada yang sudah beberapa minggu, malah beberapa bulan, tidak sedar bahawa dirinya mengandung. Apa-apapun, tidak kisah samada bakal dapat bayi kembar, anak lelaki atau anak perempuan, yang penting sihat!.


Mari kita lihat, apa tanda-tanda hamil yang bakal ibu perlu tahu:


1. HAID TIDAK DATANG

Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur, sekiranya ‘miss’ beberapa hari, besar kemungkinan anda perlu ke farmasi untuk membeli ‘pregnancy kit’. Usah tunggu lama-lama. Ujian kehamilan ini akan mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Namun, bagi yang mempunyai haid tidak teratur, ia agak sukar untuk diagak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu berharap jika ada tanda tanda kehamilan ini. Jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.


2. MUAL ATAU ‘MORNING SICKNESS’

Kalau mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, ia juga satu petanda baik. Perlu diingat, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air. Jumpa doktor untuk konsultasi dan maklumat lanjut agar kesihatan anda pada tahap optimal. Suami perlu bagi sokongan moral. Sedih sangat bila lihat isteri muntah-muntah di sinki.


Jika sudah ada tanda tanda kehamilan seperti ini, bila isteri termuntah, suami kena rajin tepuk-tepuk belakang isteri.


3. PAYUDARA YANG TEGANG DAN SENSITIF

Tiba-tiba dapat rasa payudara agak bengkak. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘tender breasts’ atau ‘swollen breasts’. Tampak lebih besar dan berat dari biasa. Ibu yang bakal mengandung kena pastikan pakai bra yang dapat menampung payudara dengan selesa. Walaupun tanda tanda kehamilan ini bukan yang paling jelas, ia masih lagi satu petunjuk yang seseorang wanita itu hamil.


4. SAKIT KEPALA

Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, penyebab emosional pula berkaitan dengan perasaan tegang dan’stress’. Peningkatan darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan sakit kepala bila berubah kedudukan tempat duduk.


Bila ada tanda tanda kehamilan seperti ini, walaupun tidak tahan, elakkan dari mengambil ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor. Elakkan beli ubatan sendiri di farmasi. Lebih baik berjumpa doktor terlebih dahulu.


5. RASA PENAT

Rasa ingin bermalas-malasan sahaja. Ingin baring dan berehat sepanjang masa. Ini juga berlaku akibat perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan. Peningkatan hormon progesteron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah.  Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini.


Suami jangan kata isteri mengada-ngada pula. Rasa penat itu sememangnya tanda tanda kehamilan.


6. PERUBAHAN ‘MOOD’ YANG KETARA

Wanita hamil memiliki ‘mood’ yang mudah berubah. Suami kena tahan sahaja bila ini berlaku. Ini kerana sekejap ‘happy’ sekejap sedih. Silap-silap, suami pula kena marah tanpa sebab. Usah bimbang kerana ini adalah perkara normal yang berlaku akibat perubahan hormon. Isteri anda hanya cuba menyesuaikan tubuh badan dengan kehadiran hormon baru.


23 Tanda awal mengandung! Sangat membantu ibu yang hamil anak pertama

Adakah kita telah hamil? Cari tanda-tanda mengandung di bawah ini untuk kepastian.



Cari 23 Tanda tanda mengandung di bawah!

1.  Saiz payudara semakin besar!

payudara-semakin-besar


Payudara kita boleh memberitahu lebih awal  yang kita dah berjaya hamil.

Seawal 2 minggu selepas persenyawaan berlaku perubahan hormon dalam badan kita dan hormon ini boleh membuat payudara lebih lembut, rasa nyeri atau sakit. Perubahan lain pada payudara kita ialah terasa lebih padat & berat sebenarnya salah satu tanda mengandung.

Selesai tanda pertama. Sekarang kita lihat pula tanda kedua. 

2. Anak lebih mengada ngada tanda tanda pregnant.

Kalau puan sudah ada anak sebelum ni, boleh lihat perubahan sikap mereka. Anak lebih mengada ngada.

anak lebih mengada ngada


Entah kenapa mereka lebih "mengada ngada" dengan mak ayah. Macam ada deria ke enam je nak detect adik baru. 2-3 minggu sebelum sah hamil, perangai dah berubah lain. Hihi..


3. Lewat datang Haid.

Patutlah bulan ni lewat period! Selalu ontime je datang haid. Dah mengandung rupanya, Alhamdulillah. 

Selepas proses penempelan selesai, badan ibu akan mula menghasilkan gonadotropin chorionic manusia (hCG).

lewat-datang-haid


Hormon ini membantu badan terus hamil & memberitahu ovari untuk berhenti melepaskan ovum setiap bulan sepanjang kehamilan & menyebabkan haid kita lewat.

Macam mana nak kesan tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur? Tak susah pun rupanya. Baca panduan ini.

Bagi wanita yang ada haid tak teratur, buat ujian kehamilan (UPT). Ujian ini boleh mengesan hormon hCG seawal 8 hari selepas haid tidak datang. Inilah antara tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur. Bolehlah minum susu untuk ibu mengandung walaupun belum confirm pregnant. Ataupun makan minyak ikan shaklee & minum susu anmum untuk bayi & ibunya sekali untuk bekalan vitamin ibu mengandung yang cukup. Makan kena jaga semasa merancang kehamilan.

Tips sekiranya haid tidak datang!

  • Buat ujian kehamilan untuk mengesahkan kita hamil.
  • Jika ujian positif, temui doktor untuk temujanji pranatal kita yang pertama.
  • Andai kita mengambil ubat, minta pendapat doktor tentang risiko ubat tersebut kepada bayi dalam rahim


4. Mengalami Rasa Mual & Loya kerana alahan mengandung!

loya-semasa-mengandung



Terasa teringin sangat nak makan asam dan jeruk sebab mual dan loya kan? Ramai ibu mengandung mengalami loya kerana alahan hamil.

Boleh dikatakan 3 dari 4 ibu mengandung berasa loya terutama sekali di awal pagi.

"Morning sickness" dan pening memang selalu menyerang ibu mengandung pada trimester pertama.

Ibu perlu banyak minum air kerana badan akan kurang air dan selera makan mesti hilang punya. Deria bau pun jadi sensitif. Perut terasa lapar, tapi nak makan tak boleh.

Ok, Tanda seterusnya ialah


5. Mengidam

Rasa teringin nak makan sesuatu yang sangat teruk. Itulah mengidam.

Tapi, kalau badan kekurangan nutrien tertentu pun akan mengidam juga. Walaupun kita tak hamil. Jangan tak tahu ada masa orang lelaki pun boleh mengidam bagi pihak isterinya.

mengidam-tanda-mengandung



Walaupun sebelum tu memang kita tak minat pun makanan tu. Antara perkara pelik yang Ibu sendiri penah lihat, mengidam makan kopi, nak kunyah beras mentah dan sebagainya. Memang agak pelik jenis makanan untuk ibu mengandung yang diminta.

6. Makin kerap buang air kecil.

Kenapa ibu mengandung akan kerana kencing? Dari rujukan, ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan.

Dan semasa mengandung, badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu & bayi.

kerap-kencing-tanda-hamil


Jadi lebih banyak darah ada dalam badan. Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis.

Sebab itu kita asyik rasa nak kencing lebih kerap dari biasa.


7. Letih dan lesu.

Letih & lesu salah satu tanda tanda mengandung. Semasa kita baru mengandung, tahap hormon progesteron melambung tinggi.

letih-lesu-tanda-mengandung



Dos progesteron yang tinggi ini boleh menyebabkan kita sentiasa mengantuk & letih dan ini diburukkan lagi sekiranya

  • Paras gula darah yang rendah
  • Tekanan darah yang lebih rendah 
  • Badan menghasilkan lebih banyak darah baru
  • Kesan dari semua diatas.

Jagalah pemakanan dari awal supaya tidak terkena kencing manis semasa mengandung.

Tips & petua mengurangkan penat & letih semasa mengandung

  • Berusaha untuk mendapatkan tidur yang cukup.
  • Minum air kosong yang cukup. Dehidrasi boleh biatkan kita penat
  • Pastikan bilik kita selesa & tidak panas. Suhu badan yang tinggi semasa peringkat awal kehamilan boleh membuatkan kita penat.
  • Ambil makanan yang kaya vitamin B kawal mood & lebih bertenaga.
  • Dapatkan bekalan zat besi yang cukup dari makanan. Elakkan Anemia.
  • Nikmati makanan berprotein & berserat untuk pembebasan gula lebih sekata. Pantang makanan yang manis & tinggi kalori

Selamat mencuba tips untuk kurangkan letih ni.


8. Kesan Pendarahan

Kenapa berlaku pendarahan? Kira kira 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku, embrio akan tertanam pada lapisan rahim.

pendarahan-tanda-sudah-mengandung



Ini boleh menyebabkan pendarahan disebabkan implantasi. Boleh jadi kita sangka, ini period.


Tanda-tanda pendarahan disebabkan implantasi ialah:

  • Warna darah antara merah jambu, merah, atau coklat.
  • Pendarahan hanya dikesan apabila di lap.
  • Rasa sakit boleh jadi ringan, sederhana atau teruk. 
  • Pendarahan mungkin berlaku kurang dari 3 hari.
  • Elakkan merokok, minum alkohol, atau menggunakan dadah haram, yang berkaitan dengan pendarahan berat.


Ada juga ibu hamil yang mengalami kekejangan abdomen diawal kehamilan. Kekejangan ini sama dengan kekejangan haid. Selain itu jaga kebersihan faraj untuk elakkan jangkitan kuman supaya tidak mengalami keputihan semasa mengandung.

Kalau dah ada pendarahan tu baik hati hati, jangan angkat benda berat. Nanti gugur atau bersalin awal. Bagi ibu yang bersalin, jangan lupa mandi wiladah, walaupun anda keguguran mesti mandi wiladah untuk mensucikan diri dari darah nifas. 

9. Sembelit

Kenapa jadi sebelit ek, sebelum tu ok je. Ini semua penyesuaian badan untuk menyediakan setting optimum untuk mengandung.

sembelit-tanda-mengandung



Hormon progesterone bukan saja menyediakan rahim untuk menjadi lebih kaya dengan pembuluh darah, malah mengendurkan dinding usus besar supaya lebih banyak zat dapat diserap dari makanan yang diambil ibu.

Jadi, air dan zat dari makanan akan diserap sehabisnya, meyebabkan kesukaran membuang. Sembelit ni masalah yang akan membelenggu kita sebagai ibu sejak mengandung, sehinggalah anak sudah dilahirkan. Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sembelit sekiranya susu baby yang diberi tidak sesuai. Jadi, kenalah pilih susu formula terbaik untuk bayi sembelit, contohnya seperti similac total comfort.


10. Perubahan emosi yang sukar dijangka

Ini memang berita kurang baik untuk suami. Antara tanda awal yang en suami boleh kesan ialah, isteri cepat marah dan merajuk.

mood-swing-tanda-mengandung



Masa period pun macam ni juge tapi moody masa hamil ni teruk sikit.Ada kes tu, sampai bergaduh suami isteri sebab hubby tak paham kenapa isterinya moody atas perkara kecil.

Orang yang biasanya tenang pun boleh jadi segarang harimau.


11. Kejang, dibahagian bawah badan

Kaki dan bahagian abdomen akan terasa kejang secara tiba tiba. Sebelum ni tak pun.

kejang-tanda-mengandung



Kenapa kekejangan berlaku? Badan sedang menyediakan rahim ruang untuk membesar bagi proses kehamilan.

Kemungkinan badan anda kurang kalsium pun ada. Jadi cukupkan keperluan kalsium ya. Minum banyak susu untuk tulang.


12. UPT Positif

Antara cara paling mudah dan selamat, gunakan Urine Pregnancy Test.

Sekiranya terdapat 2 garisan yang kelihatan, insyaallah anda mengandung. Nak lebih pasti lagi, jumpa doctor dan buat ujian ultrasound .

Insyaallah boleh Nampak kantung baby mula terbentuk daam rahim.

Doktor akan kira anggaran usia baby dari saiz kantung, dan tarikh anggaran kelahiran dari pada hari pertama anda period bulan lepas.


13. Bacaan suhu mulut lebih tinggi

Ini juga boleh menjadi 1 tanda awal mengandung. Ini ialah suhu mulut kita apabila bangun di waktu pagi.

suhu-mulut-tinggi-tanda-mengandung



Suhu ini bertambah sedikit sejurus selepas ovulasi (persenyawaan) dan kenaikan suhu ini bagus untuk wanita yang ada masalah haid tak teratur.

Dari suhu ini boleh tahu waktu subur kita dan melalui suhu ini juga kita boleh tahu sama ada dah mengandung atau tidak.

Suhu yang naik berterusan selama lebih dari 2 minggu mungkin menunjukkan kita dah hamil. Cara  terbaik untuk wanita dengan kitaran haid tidak teratur.


14. Rasa tak selesa pada perut

Badan ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan semasa mengandung. Antara penyebab utamanya ialah kerana hormon kehamilan.

perut-tak-selesa-tanda-mengandung



Hormon ini juga akan mengubah sistem penghadaman kita menjadi lebih perlahan.

Kesannya?.

Kesan baik ialah badan kita akan menyerap nutrien dari makanan & air dengan lebih baik.

Tapi, kalau kita kurang minum air & makan makanan berserat mudah untuk kena sembelit & masalah penghadaman yang lain.

Ibu mengandung akan mempunyai pengalaman berbeza untuk setiap anak.

Antara masalah perut yang dialami disebabkan mengandung ialah

  • Perut kembung & masuk angin
  • Terasa senak
  • Sembelit
  • Gastrik (Terutama kalau ada alahan mengandung yang teruk)
  • Selalu kentut
  • Kerap sendawa


15. Hilang atau kurang selera makan.

Ada banyak punca kita hilang selera makan semasa mengandung

kurang darah merah semasa mengandung
Kredit gambar: Ibu hamil


Antaranya sebab

  • Alahan mengandung (loya & muntah di awal pagi)
  • Kita kurang makan makanan yang mengandungi vitamin merangsang selera seperti vitamin b
  • Deria bau kita jadi terlalu sensitif. Makanan yang biasa kita suka kini berbau aneh
  • Tak ada mood nak makan (Perubahan hormon)



Biasanya, pada trimester 1 ramai ibu kurang selera makan sebab alahan hamil.

17 dari 20 ibu hamil alah terhadap beberapa jenis makanan dalam 3 bulan pertama kehamilan dan selera ini akan beransur datang selepas masuk trimester ke 2.

Tapi, ada ibu yang tetap tak ada selera sehingga bayi lahir.

16. Kerap sakit kepala.

Masih lagi di sebabkan hormon. Ibu yang baru mengandung mudah diserang sakit kepala.

sakit-kepala-tanda-mengandung



Sakit kepala kerap berlaku kerana hormon estrogen & progesteron yang dihasilkan badan ibu untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim.

Boleh jadi juga, sakit kepada disebabkan tahap gula darah yang dalam badan.

Ini akan menyebabkan sakit kepala kerana sel otak tidak mendapat gula yang mencukupi untuk tenaga.

.Yang ini kena dapatkan bantuan dari doktor & perlu ambil makanan tambahan untuk ibu mengandung.


17. Selera makan bertambah.

Berlawanan dengan tanda awal mengandung tadi, ada wanita yang mengalami pertambahan selera makan.

Dari bukan seorang kaki makan, kepada pencinta makanan.

Memang bertambah tambah nasi di pinggan. Alhamdulillah atas nikmat makanan kan.

Tapi, harus beringat ya.

Trimester pertama kehamilan, jaga makan. Jangan sampai kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak.

Doktor suspek kena kencing manis. Bahaya kalau tak di kawal.


18. Hidung & deria bau jadi sensitif.

Sekiranya tiba tiba kita jadi sensitif terhadap bau busuk hingga rasa loya, boleh jadi kita dah hamil.

deria-bau-sensitif-mengandung



Ini bukan salah suami kita ya. Tiba tiba rumah jadi busuk.

Tapi sebenarnya kehamilan telah meningkatkan deria bau kita!

Kesannya, bau yang sebelum ini tidak pernah mengganggu kita boleh jadi tak tertanggung busuknya.

Sampai muntah muntah.

Antara perubahan yang paling ketara ialah bau makanan. Makanan yang dulu sedap kini nak cium bau pun tak lalu


19. Selesema & hidung tersumbat.

Badan kita Allah jadikan sangat hebat. Sekiranya kita mengandung, badan kita akan mengalami perubahan.

Bayi di dalam rahim yang baru terbentuk akan menyebabkan sistem keimunan ibu kurang kesannya.

Sistem imun si ibu akan dicegah daripada menyerang & menolak janin disebabkan oleh hormon & antibodi yang dihasilkan oleh janin.

Antibodi badan juga terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan plasenta.

Akibat perubahan hormon ini kepada sistem imun, ibu lebih mudah mendapat demam & selesema.

Hidung kita mudah tersumbat.

Sebab itu ibu baru mengandung selalu demam.


20. Muka naik jerawat.

Patutlah jerawat banyak naik kebelakangan ni! Kan jerawat tanda hamil. Bila kita pregnant, berlaku perubahan hormon dalam badan.

Ada orang ni, kulit memang jenis susah naik jerawat.

masalah-jerawat-tanda -mengandung



Tapi, tiba tiba jerawat naik dengan banyak. Ini boleh jadi tanda awal mengandung anak perempuan. Sebab perubahan hormon.

Cuma biasanya masalah ni tak lama. Lepas hormon stabil, jerawat pun hilang.

Tapi jangan seronok seronok tekan jerawat ya. Nanti meninggalkan bekas jeragat dan boleh juga menyebabkan jerawat merebak

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Susu Formula Terbaik Untuk Bayi 0-6 Bulan

Petua Hilangkan Batuk Bayi (Selain Menggunakan Bahan-Bahan Di Rumah)

Tahniah, Anda Hamil! Ketahui 10 Tanda-Tanda Hamil Supaya Anda Lebih Bersedia