Petua Hilangkan Batuk Bayi (Selain Menggunakan Bahan-Bahan Di Rumah)

bayi batuk


 Hmm…risaunya tengok si comel batuk-batuk.

Kadang-kadang kelihatan seperti semakin sembuh, tetapi apabila tiba waktu malam, bertambah teruk pula batuknya. 

Adakah anda sedang berada dalam situasi ini? Mak mana yang tidak risau bayinya batuk-batuk bukan? Dah cuba pelbagai petua hilangkan batuk bayi, namun masih belum jumpa yang betul-betul mujarab. 

Selain itu, Mama juga harus tahu, disebabkan sistem badan si comel yang masih belum matang, ubat batuk yang biasa diambil oleh ibu bapa adalah tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka.

Namun begitu, Mama boleh masih terus mencuba pelbagai petua hilangkan batuk bayi yang lain. Selagi belum cuba belum tahu kesannya bukan? Terdapat pelbagai kaedah dan petua yang boleh gunakan untuk mencegah dan melegakan batuk si comel yang Mama boleh praktikkan. 

Sebelum itu, Mama adalah lebih baik untuk Mama tahu mengenai punca batuk pada bayi Mama. 

Apakah Punca Batuk Pada Bayi?

Bak kata pepatah Melayu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebelum anda bersusah payah untuk merawat batuk si comel dengan mencari petua hilangkan batuk bayi anda, para ibu seharusnya mencegah ia daripada berlaku.

Bagaimanakah caranya? Tentulah dengan menghindari dan merawat punca-punca batuk daripada terjadi. Berikut adalah antara beberapa punca yang menyebabkan batuk pada bayi.

1. Refleks/Tindak Balas Badan

Secara alaminya, batuk adalah tindak balas badan dalam melindungi saluran pernafasan manusia dari benda-benda asing yang memasukinya. Melalui tindak balas ini, paru-paru dan saluran pernafasan manusia akan lebih terjaga.

Kita tidak boleh peka pada setiap masa dengan semua situasi yang terjadi di sekeliling bayi. Jika ada sebarang benda asing yang memasuki saluran pernafasannya, lazimnya si comel anda akan batuk untuk melindunginya.

Perasan tak apabila bayi anda tersedak susu, mereka akan terbatuk-batuk? Batuk pada ketika itu adalah sejenis refleks dari badan si comel untuk mengelakkan air susu dari memasuki saluran pernafasannya.  

2. Jangkitan Saluran Pernafasan

Sistem imun bayi bukan seperti orang dewasa. Menurut Dr. Noor Zaimie Mior Muhammad Ariffin, disebabkan sistem imun mereka yang masih rendah dan belum matang, pertahanan badan bayi menjadi lemah.

Akibatnya, bayi lebih mudah untuk terkena jangkitan saluran pernafasan seperti jangkitan bakteria dan virus.

Namun, para ibu usahlah khuatir kerana seiring dengan usia, pertahanan badan si comel anda akan semakin kuat untuk melawan jangkitan-jangkitan ini.

3. Alahan/Alergik

Batuk juga boleh terjadi akibat daripada alahan bayi pada bahan-bahan penyebab alahan (alergen) tertentu.

Menurut Farahwahida Mohd Kasim, contoh alergen ialah habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan.

Apa yang Mama boleh lakukan ialah dengan melihat keadaan disekeliling bayi, jika terdapat alergen tertentu. Ini boleh menjadi petanda bahawa si comel anda sebenarnya alergik terdapat benda tersebut. 

4. Faktor Cuaca

Kadang-kadang, badan orang dewasa sensitif terhadap cuaca sekeliling sama ada terlalu sejuk ataupun terlalu panas.

Ini juga terjadi kepada si comel. Sensitiviti badan bayi pada perubahan suhu juga boleh menyebabkan mereka mudah menghidapi batuk dan penyakit yang lain. 

Hal ini berlaku kerana, badan si manja sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran. 

5. Penyakit Lelah/Asma

Batuk juga boleh menjadi petanda bahawa si comel anda sebenarnya diserang penyakit lelah. Menurut Dr. Noor Zaimie Mior Muhammad Ariffin, akan terjadi keradangan pada saluran pernafasan apabila serangan asma terjadi.

Akibatnya, kahak akan terhasil dan menyebabkan bayi menjadi sesak nafas dan batuk-batuk. 

6. “Post-nasal Drip” 

Jika bayi anda dijangkiti selesema, akan berlaku pengumpulan hingus di bahagian rongga hidung. Apabila bayi berada dalam posisi terlentang, hingus tersebut akan mengalir dan cuba untuk memasuki saluran pernafasannya. 

Sama seperti punca yang pertama, apabila ini berlaku, bayi akan batuk sebagai refleks untuk melindungi saluran pernafasannya daripada dimasuki hingus. 

Petua petua hilangkan Batuk Bayi 

Kalau sebelum ini Mama sudah cuba pelbagai petua hilangkan batuk bayi melalui bahan-bahan yang ada dirumah, kali ini apa kata Mama cuba petua yang sedikit lain daripada yang lain – dengan melakukan beberapa perubahan pada gaya hidup anda dan keluarga seperti dibawah:

1. Sentiasa menjaga kebersihan

Ibu dan bapa hendaklah sentiasa memastikan kebersihan persekitaran bayi berada pada tahap optimum. Sebagai contoh, tempat tidurnya hendaklah bersih dari sebarang habuk dan debu. Cuci dan tukarlah sarung bantal, tilam dan selimut bayi dengan kerap.

Mama juga harus menggunakan cecair pencuci yang selamat untuk bayi. Lebih baik sekiranya Mama menggunakan pencuci pakaian bayi khas dan elak dari menggunakan peluntur dan bahan pencuci yang kuat baunya. 

Selain itu, penyimpanan pakaian dan sebarang fabrik untuk kegunaan mereka haruslah bebas dari sebarang kotoran. Simpanlah di tempat yang tertutup dan bersih.

Sementara itu, kebersihan peralatan untuk kegunaan bayi juga haruslah dititikberatkan. Sebagai contoh, peralatan menyusu bayi seperti puting, botol dan pam susu haruslah disterilkan dari masa ke semasa.

Kebersihan alatan ini amatlah penting kerana penggunaannya mempunyai kontak rapat dengan saluran pernafasan bayi.   

2. Elakkan kontak dengan haiwan peliharaan

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, seeloknya biarkan ia dijaga oleh orang lain untuk sementara waktu. Ini adalah kerana bulu haiwan merupakan antara alergen yang boleh mengakibatkan alahan pada bayi.

Bukanlah mudah untuk kita sentiasa memastikan sekeliling rumah bersih darinya. Penjagaannya haruslah benar-benar rapi. Oleh itu, sebaiknya elakkanlah dari memelihara haiwan ketika anda mempunyai anak kecil. 

3. Jauhi asap rokok

Bukan sahaja bayi malah orang dewasa pun terganggu dengan asap rokok. Paru-paru bayi masih tidak matang dan amat berbahaya untuk mereka bernafas dalam persekitaran yang mengandungi asap rokok. 

Lindungilah bayi anda dari tersedut asap rokok dengan menjauhi tempat yang terdedah dengannya dan yang paling penting, anda sendiri janganlah menjadi puncanya.

Sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang merokok, nasihati mereka untuk sentiasa berusaha untuk menghentikan tabiat tersebut demi kesihatan diri, si comel, dan orang sekeliling. 

4. Jauhi pesakit dan tempat yang sesak

Seperti yang dijelaskan, sistem imun bayi masih lemah. Jika terkena sebarang jangkitan, adalah tidak mudah untuk badan si comel melawannya. 

Oleh itu, elakkan sebarang kontak dengan mereka yang tidak sihat. Sebagai contoh, rakan anda yang sedang mengalami selesema ingin ke rumah untuk bermain dengan si comel anda.

Dalam situasi ini, anda harus bertegas dengan rakan anda supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti tiada kontak rapat antara si dia dan bayi anda. Jelaskan niat anda dengan elok supaya kedua-dua tujuan dapat dicapai dan tidak berlaku salah faham. 

Selain itu, elakkan dari membawa bayi anda ke tempat yang sesak seperti pasar malam. Apabila berada di tempat yang sesak, bayi anda akan terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat dan orang ramai yang kita tidak tahu tahap kesihatannya.

5. Pengudaraan yang baik dan suhu yang optimum

Kadang-kadang bayi anda dijangkiti batuk kerana suhu persekitarannya tidak sesuai dengan badan. Jika persekitaran sekeliling sentiasa berhabuk, gunakanlah penapis udara untuk kualiti udara yang lebih elok.

Sementara itu, jika udaranya kering ataupun panas, anda boleh memasang pelembab udara untuk pengudaraan dan suhu yang optimum bagi si comel.

Anda hendaklah sentiasa memantau pengudaraan dan suhu tempat tidur bayi anda untuk memastikan persekitaran mereka sesuai dengan keperluan badannya.

6. Susu ibu yang mencukupi

Tahukah anda bahawa susu ibu mengandungi pelbagai khasiat yang sangat diperlukan oleh bayi? Antaranya ialah ia boleh membantu menguatkan sistem imun bayi anda.

Khas untuk ibu yang masih menyusu, jika bayi anda mula mengalami batuk-batuk, petua hilangkan batuk yang sesuai ialah untuk menyusu si comel anda dengan kerap dan secukupnya. 

Untuk bayi yang sudah diberikan susu formula, anda boleh memberikannya susu dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding hari biasa supaya bayi tidak mengalami dehidrasi. 

Ini bukan sahaja dapat meningkatkan daya tahan badan bayi, malah ia juga membantu dalam melawan sebarang penyakit.

Harus diingatkan, petua-petua yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar cara-cara untuk mencegah dan melegakan batuk si comel anda. Cegahlah dari awal dengan menghindari punca-punca yang menyebabkannya.

Sekiranya bayi anda dihinggapi batuk, para ibu dan bapa hendaklah segera berjumpa dengan pakar perubatan di hospital untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang selayaknya.

PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lajut. Tidak seperti orang dewasa yang boleh petua hilangkan batuk untuk orang dewasa.


Kebiasaannya, doktor tidak memberi ubat batuk dan selsema jika bayi masih di bawah 6 bulan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa ianya normal bagi bayi kerana masih ada lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis. Jika diberikan pun hanya 1 ml ke 2 ml sahaja. Kalau asyik tidak hilang-hilang, boleh cuba cara hilangkan kahak yang ditulis sebelum ini.


APA PUNCA BATUK DAN SELSEMA?

Menurut Kementerian Kesihatan, penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan.


Anak anda mungkin juga diserang selesema dan batuk disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.


SELAIN UBAT, APA ALTERNATIF LAIN?

Ramai ibu bapa yang mahu mencuba alternatif lain selain mengambil ubat doktor untuk memulihkan selsema dan batuk. Ada juga yang menggunakan doa dan penawar dari ayat Al-Quran.



 


BAGAIMANA MELEGAKAN BATUK DAN SELSEMA UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK?

Selain ubat dan rawatan alternatif, mungkin tips yang akan saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih cara yang paling serasi dan sesuai untuk anak-anak anda. Boleh cuba petua menghilangkan batuk bayi dan kanak-kanak seperti di bawah ini.


1. REHATKAN ANAK DENGAN SECUKUPNYA

Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.


Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.


2. SENTIASA BERSAMA ANAK

Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.


3. BERSIHKAN RUMAH, PERKAKAS JUGA PAKAIAN

Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.


4. ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.


5. TEPUK PERCUSSION

Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapi ketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.


Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.


6. WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN

Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.


Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.


7. IBU MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.


Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.


8. KUNYIT

Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.


9. BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.


10. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.


11. LEMON, HALIA DAN MADU

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.


12. GARLIC SOCKS

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.


13. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.


14. MINYAK MASAK

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.


15. DAUN KADUK

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.


16. SPRAY HIDUNG

Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!


17. MINYAK BAWANG PUTIH

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.


18. URUTAN BAYI

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.

Susu formula untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah.

Awal awal lagi ingin kami tekankan, tiada susu terbaik untuk bayi selain susu ibu. Noktah. Sekiranya anda tiada pilihan lain, barulah berikan susu di bawah kepada anak. Itupun setelah mencuba yang terbaik memberikan susu badan kepada anak.

 1. Susu Formula Enfalac A+

Enfalac A + Step 1 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk kegunaan bayi sejak lahir hingga usia anak tersebut mencecah 12 bulan. Susu ini mengandungi DHA dan ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan bayi kita semoga lebih sihat dan semestinya lebih comel.  Jika anda sedang mencari susu formula bayi yang bagus untuk perkembangan otak, rumusan DHA & ARA yang terkandung di dalam susu ini memang diperlukan oleh simanja kita.

Susu Formula Enfalac A+


Rumusannya juga mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya. Kandungan kanji beras dalam susu ini menjadikannya lebih pekat supaya mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap. 


Susu ini di rumus dengan gabungan rumusan prebiotik GOS dan PDX yang dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Pernah terjadi sebelum ini dan dilaporkan di dalam dada akhbar akan berita susu enfalac tiruan. Jadi, hati hati ya semasa nak beli susu ni. Pastikan susu yang kita beli asli.


2. Susu Formula Dumex Mamex.

Susu formula Mamez dari Dumex dirumus khas untuk anak baru lahir sehingga berusia 12 bulan. Sekiranya anak kita dah pun berusia di atas 6 bulan.


Susu Formula Dumex Mamex

Susu ini antara pilihan dipasaran yang mempunyai harga berpatutan jika dibandingkan dengan susu yang lain.


3. Susu formula S 26 SMA.

Susu Formula S26 SMA Langkah 1 dari Wyeth dirumus khas untuk anak baru lahir hingga berusia 12 bulan untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan semasa peringkat umur ini. 

Ia di diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida. 


4. Susu Friscolac Comfort.

Susu Formula Frisolac comfort di reka khusus untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman seperti muntah, kembung perut & sembelit.

Susu Friscolac Comfort



Susu ini mempunyai formula seimbang serta mengandungi pelbagai nutrien penting yang di perlukan si manja kita. Contohnya asid linoleik dan 5 jenis nukleotida. Frisolac Comfort diformulasikan dengan gum kacang carob, yang mempunyai serat dengan fungsi memekatkan susu tersebut & membantu mengurangkan muntah pada bayi, sembelit dan kembung. Mungkin ini susu formula terbaik untuk bayi sembelit yang anda cari cari.


5. Susu formula Lactogen 1.

Susu formula ini dikeluarkan oleh Nestle. Kelebihan utama yang ada pada susu Nestle Lactogen 1 ialah pada harganya. Lactogen mempunyai harga yang sangat berpatutan jikalau di bandingkan dengan susu langkah 1 untuk bayi dari jenama yang lain. 

Susu formula Lactogen 1



Hasil dari perkongsian di laman Mumcuddle.com, susu ini mudah untuk dicerna perut si manja sekiranya di bandingkan daripada jenama lain. Kekurangan yang di kongsi dari laman yang sama ialah ia berkemungkinan mengakibatkan perut bayi kembung dan sembelit. Ia juga tiada kandungan probiotik.


6. Susu formula Anmum Infacare Step 1.

Susu jenama Anmum memang menjadi pilihan ramai ibu. Sekiranya anda mengamalkan pengambilan susu semasa hamil, sudah tentu ibu biasa dengan jenama Anmum Materna.
Susu formula Anmum Infacare Step 1
Selepas melahirkan anak, kita boleh sambung dengan Anmum infacare untuk anak newborn. Atau jikalau kita sedang menyusukan anak, boleh minum Anmum Lacta untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu supaya anak kita semakin tembam dan sihat. 


7. Susu formula Nan Care Step 1

Susu formula Nan Care Step 1

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Susu Formula Terbaik Untuk Bayi 0-6 Bulan

Tahniah, Anda Hamil! Ketahui 10 Tanda-Tanda Hamil Supaya Anda Lebih Bersedia