Senarai Susu Formula Terbaik Untuk Bayi 0-6 Bulan

Susu formula bayi 6 bulan


Tidak ada susu formula yang terbaik untuk bayi kita selain susu ibu. Tetapi, tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan bayi sendiri.

Ibu mana yang tak nak menyusukan anak sendiri. Tapi banyak masalah yang menghalang kita dari memberi susu ibu. Jadi terpaksa mencari susu formula terbaik untuk bayi.

Tapi kena ingat, badan anak kita mempunyai reaksi yang berbeza terhadap jenis susu yang digunakan. Ada bayi yang mempunyai alahan dengan susu formula sehingga boleh menyebabkan muntah, kembung perut dan sembelit. Jadi sebab itulah ibu perlu pilih susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan anda.

Susu bayi 6 bulan


Sebab itu kami prihatin dengan ibu bapa diluar sana yang pening bagaimana hendak memilih susu formula. Ingat! Nak beli susu formula pun kena ada ilmu juga ya. Nanti salah membeli, terbazir pulak. Ambil kira juga mengenai kesihatan dan keperluan pemakanannya, umur serta kos dan masa penyediaan bagi setiap susu formula.

Susu bayi tak cukup bulan, bayi pramatang:

1. Similac Neosure Infant Formula with Iron, For Babies Born Prematurely

  • Susu Similac Neosure untuk bayi pramatang dari Abbot.
similac neosure


Rumusan susu formula Similac Neosure mengandungi khasiat yang diperlukan bayi tidak cukup bulan dan tidak mengandungi hormon pembesaran tidak semulajadi.

Contoh khasiat yang terdapat di dalam susu ini ialah DHA yang penting untuk perkembangan otak, lutein untuk keishatan mata dan vitamin E untuk pmbesaran.

2. Pre Nan

  • Susu Pre Nan untuk bayi pramatang dari Nestle.
susu pre nan


Susu Nestle Pre NAN telah dirumus khas untuk bayi pramatang.

Selain daripada susu Similac Neosure, ibu bapa juga boleh memilih susu Pre Nan sebagai susu formula terbaik untuk bayi pramatang. Tetapi harus diingatkan, susu ibu tetap susu terbaik. Susu Pre Nan pun tak boleh lawan ya.

Susu Pre Nan dapat membekalkan keperluan khasiat untuk perkembangan bayi pramatang hingga berat bayi mencapai 4kg. Selain itu, susu Pre Nan diperkaya dengan DHA dan ARA yang penting untuk pembesaran bayi pramatang.

Susu formula terbaik untuk bayi 0 – 6 bulan:

3. Dutch Baby 0-6 months

  • Susu Dutch Baby untuk bayi baru lahir.
susu dutch baby


Antara pilihan susu bayi yang murah harganya ialah dari Dutch Lady. Untuk penjimatan kos perbelanjaan, susu ini adalah pilihan yang terbaik. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang ramai, agak berat sebenarnya kos perbelanjaan untuk susu.

Walaupun susu Dutch Baby menawarkan harga yang murah, tetapi ia tetap membekalkan nutrient penting yang diperlukan oleh anak kita seperti DHA, AA dan protein.

Susu untuk bayi baru lahir atau newborn sehingga usia 12 bulan:

4. Frisolac 1

  • Susu Frisolac langkah satu untuk usia bayi 0-12 bulan dari Dutch Lady.
susu frisolac


Susu premium dari Dutch Lady adalah untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah. Susu ini diimport terus dari Holland dengan rumusan lengkap yang diperlukan oleh bayi anda. Susu ini mengandungi Vitamin B6 dan C, besi, zink dan DHA.

Jika anda berkemampuan untuk memberikan susu formula dari keluaran Dutch Lady yang lebih mahal, susu ini lah jawapannya.

5. Frisolac Gold Comfort

  • Susu untuk bayi yang mudah muntahkan susu.
susu frisolac gold


Susu Formula Frisolac Comfort direka khusus untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut dan sembelit. Susu ini mempunyai formula seimbang yang mengandungi pelbagai nutrien penting seperti asid linoleik dan 5 jenis nukleotida yang diperlukan oleh bayi.

Frisolac Comfort diformulasikan dengan gum kacang carob, yang mengandungi serat dan bersifat memekat untuk memberikan bantuan kepada gejala muntah, sembelit dan kembung yang dialami oleh bayi. Ini adalah susu formula terbaik di pasaran untuk bayi yang sembelit.

6. LACTOGEN 1 Infant Milk Formula

  • Susu Lactogen untuk usia 0-12 bulan dari Nestle.
susu lactogen 1


Susu Lactogen 1 ini dilengkapi dengan lactobacillus untuk membantu usus bayi menjadi lebih sihat. Susu ini mempunyai harga mampu milik selain Dutch Lady.

7. S-26 SMA

  • Susu S26 SMA Step 1 untuk bayi 0-12 bulan.
susu s26 sma


Susu Formula S26 SMA Langkah 1 dari Wyeth dirumus khas untuk bayi baru lahir sehingga usia 12 bulan untuk membantu proses perkembangan awal dan meningkatkan pertumbuhan bayi.

Susu Formula S26 SMA ini dilengkapi dengan AA, DHA, 5 Nukleotida, Lutein, Kalsium dan a-Protein.

8. S-26 GOLD SMA

  • Susu S26 Gold SMA Step 1 ialah susu premium dari Wyeth. Susu ini antara susu bayi paling mahal di Malaysia.

Apa beza susu S-26 SMA dan juga S-26 GOLD SMA? Susu GOLD SMA mempunyai lebih banyak khasiat berbanding susu S-26 SMA. Dan yang paling penting ia mengandungi Alpha Lipid.

susu s26 gold sma


Alpha Lipid ini penting untuk perkembangan sistem saraf dan menyumbang kepada sambungan sel-sel otak yang lebih pantas.

9. Similac 1 Infant Milk Formula

  • Susu Similac Langkah 1 adalah susu untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan dari Abbot.
susu similac intello pro


Susu ini mengandungi AA, Omega 3 & 6, Taurine, Choline, serta dirumus khas dengan gabungan DHA dan Lutein. Susu Similac juga mengandungi campuran minyak sayuran untuk membantu penyerapan nutrient dan pertumbuhan bayi anda.

10. NAN HA Infant Formula Langkah 1

  • Susu untuk bayi baru lahir tetapi mempunyai alahan.
susu nan ha


Adakah anak-anak anda yang lahir sebelum ini mempunyai sejarah alahan? Jika ya, kami syorkan anda untuk mencuba susu ini untuk bayi anda yang berisiko untuk mempunyai alergi.

Susu ini mungkin mempunyai rasa yang sedikit berbeza berbanding susu lain kerana telah melalui proses hidrolisis. Tetapi dari pemerhatian, rasa susu ini masih dapat diterima baik oleh bayi.

Rumusan susu NAN HA ditambah dengan Nukleotida, Bifidobacterium Lactis untuk membantu meningkatkan microflora usus dan mengurangkan kejadian cirit-birit, Asid-Docosahexaenoic (DHA) dan Arachidonic Acid (ARA). Susu ini juga mengandungi Probiotik yang bagus untuk usus bayi.

11. Enfalac A+ Step 1

Susu Enfalac A+ Step 1 ialah susu premium dari Mead Johnson untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan. Enfalac A+ juga tergolong dalam golongan susu paling mahal di Malaysia.

susu enfalac a+


Enfalac A+ Step 1 kaya dengan DHA+ARA direka khas untuk bayi jangka panjang sejak lahir hingga usia setahun jagung untuk menyumbang kepada perkembangan bayi supaya lebih sihat.

Susu ini juga mengandungi kanji beras khas untuk bayi yang sering muntah semula apa yang dimakan. Kandungan kanji beras dalam susu formula ini membantu untuk memekatkan susu dan mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap. Susu ini dirumus khas dengan gabungan campuran Prebiotik seperti GOS dan PDX.

12. Susu Formula Anmum Infacare Step 1

susu anmum infacare step 1


Susu jenama Anmum semestinya memang menjadi pilihan para ibu. Susu ini sesuai untuk bayi dalam lingkungan usia 0 hingga 12 bulan.

Susu ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi bagi menggalakan pertumbuhan dan perkembangan seperti Nukleotida, Kalsium, Zink, Vitamin A, C, D3, Zat Besi dan Iodin.

13. Mamex Cherish Step 1

  • Susu Mamex langkah 1 adalah untuk bayi 12 bulan ke bawah dari Dumex.
susu maex cherish step 1


Dumex Mamex ini mengandungi campuran Sakkarida Oligo yang dapat membantu meningkatkan sistem kesihatan usus bayi. Jika bayi mempunyai masalah sembelit dan kembung perut, bolehlah para ibu mecuba susu ini. Susu keluaran Dumex memang terkenal dengan harga mampu milik menjadi pilihan utama bagi para ibu bapa.

Susu untuk bayi berumur 1 tahun ke atas:

14. Nestle Nankid Optipro Stage 3

susu nestle nankid


Nestle Nankid Optipro Stage 3 sesuai untuk anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun.

Nestle Nankid Optipro ini mengandungi 100 juta bakteria berfaedah Bifido-bacterium Lactis yang membantu sistem penghadaman si manja. Susu ini juga mengandungi DHA dan ARA yang penting untuk perkembangan otak anak-anak. Susu Nestle Nankid Optipro Stage 3 juga tidak mengandungi sebarang sukrosa tambahan. Ia mengekalkan rasa asli susu dengan tidak menggunakan sebarang pemanis tiruan.

Mesti ibu bapa bertambah peningkan susu mana nak beli. Jika masih ragu-ragu, anda boleh meminta nasihat daripada doktor dan pakar pediatrik  cadangan susu formula terbaik untuk bayi 0 6 bulan yang lebih sesuai dengan keadaan si manja anda.

Kesiannya anak ibu, menangis nangis tiap kali nak poo poo. Apa jenama susu bayi terbaik untuk sembelit ya?
susu formula terbaik untuk bayi sembelit


Sebagai seorang ibu yang penyayang, mestilah kita tak mahu anak yang kita kandung 9 bulan dalam rahim dulu dalam kesakitan. Betul kan?

Inilah yang berlaku jika bayi kita sembelit. Habis merah padam muka si manja menahan sakit.

Macam mana nak atasinya dari berulang ya?

Baca artikel tentang susu untuk bayi sembelit ini & anda dijamin akan

  1. Mengetahui susu formula terbaik untuk bayi sembelit & mengelakkan dari berulang.
    .
  2. Mendapat 3 tips mengurangkan sembelit dari pengalaman sebenar seorang doktor tanpa perlu menukar susu anak kita.


Kalau  anda malas nak baca artikel yang panjang ni, klik video youtube di bawah ni. Lagi senang!

.

5 Pilihan susu formula terbaik untuk bayi sembelit.

Naluri keibuan yang dikurniakan oleh Allah kepada seorang wanita akan mendorongnya untuk memberikan yang terbaik untuk si manja. Malah, semasa mengandung lagi, antara usaha yang boleh dilakukan adalah minum susu untuk ibu hamil supaya khasiat dari susu diserap oleh anak dalam rahim. 

Kemudian selepas melahirkan anak, susu terbaik untuk anak anak kita, terutama yang masih bayi mestilah susu ibu. Pastikan kita usaha beri anak anak susu badan dulu sebelum cuba susu formula.

Susu formula ada kelemahannya, tapi dalam keadaan mendesak, susu bayi boleh membantu. Cuma jadikan ia pilihan terakhir.

Di bawah ini adalah senarai susu untuk bayi yang mengalami masalah sembelit.


1. Susu Novalac untuk bayi sembelit.

Terus terang Ibu nak kongsi, belum pernah lagi kami guna susu bayi novalac ni. Memang pertama kali dengar pun. Di bawah ini kami berikan rupa susu untuk bayi sembelit dari novalac.

Susu untuk bayi sembelit novalac it



Tapi, susu bayi pertama dalam senarai ini memang dirumus khas untuk membantu

  • Mengurangkan sembelit.
  • Mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus.
  • Unik dan telah disesuaikan untuk menyelesaikan masalah kecil bayi yang minum susu formula.
  • Susu formula untuk bayi sembelit ini mempunyai khasiat lengkap dengan nutrien penting diperlukan di manja.
  • Dibuat daripada susu segar yang dihasilkan dari ladang-ladang yang terpilih.


Mungkin ibu ibu boleh cuba susu ini untuk anak anak.


2. Susu Mamil untuk bayi sembelit.

Sekiranya anak anda mengalami sembelit, kita sebagai ibu bapa dapat membantu mengelakkannya dari berulang dengan menggunakan makanan yang mengandungi prebiotik (sejenis serat makanan).

Susu untuk bayi sembelit mamil dumex



Prebiotik boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang baik.

Antara susu bayi yang mengandungi prebiotik di dalam rumusannya ialah susu formula untuk bayi Mamil. Susu ini mempunyai prebiotics yang telah dipatenkan di peringkat Antarabangsa GOS / lcFOS (9: 1) yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.

Ibu ada buat carian di internet, ramai juga ibu yang berkongsi tentang masalah sembelit anak mereka memang berkurangan selepas minum susu dari syarikat dumex ni.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana GOS / lcFOS prebiotik dalam formulasi Mamil dapat membantu menggalakkan najis yang lebih lembut untuk anak anda, baca link dalam artikel di bawah.


3. Susu Frisolac Comfort untuk bayi sembelit

Susu bayi Frisolac Comfort satu lagi rumusan khas untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman ringan seperti muntah, sakit perut & sembelit. 

Susu untuk bayi sembelit frisolac comfort



Susu formula Frisolac Comfort mengandungi bahan khas seperti gam kacang carob, sejenis serat yang memekatkan susu ini dan membantu melegakan gejala muntah, sembelit dan kolik pada bayi.

Rumusan susu untuk anak ini boleh digunakan untuk bayi yang menderita gejala-gejala di atas sejak lahir. Memang banyak khasiat minum susu kan? Dulu kita tahu minum susu untuk tulang dan gigi yang kuat saja kan.


4. Susu anak sembelit Similac Total Comfort.

Similac Total Comfort Plus membantu dalam perkembangan otak anak anda. DHA memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan otak. Susu ini dihasilkan oleh syarikat abbot, syarikat yang sama mengeluarkan susu pediasure untuk bantuk pertambahan selera makan dan peningkatan berat anak anak.

Susu untuk bayi sembelit similac total comfort



Walaupun jumlah DHA dalam susu formula adalah penting, penyerapan DHA memainkan peranan yang sama pentingnya.

Susu bayi Similac Total Comfort Plus diformulasikan dengan rumusan UVOB untuk menyokong pengekalan DHA maksimum.

Kajian menunjukkan susu formula tanpa UVOB mempunyai kehilangan DHA dalam najis yang lebih tinggi.

Susu anak Similac Total Comfort Plus telah terbukti secara saintifik membantu mengurangkan sembelit. Ini disebabkan kandungan campuran minyak sayuran unik di dalam susu ini yang membantu melembutkan najis & membuatkan anak kita lebih lawas.


5. Susu Snow untuk bayi sembelit

Rumusan susu baby dari Snow mengandungi oligosakarida (Galactosyllactose) yang mempunyai 2 fungsi seperti di bawah

Susu untuk bayi sembelit snow step 1



  • Menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria dalam usus untuk sistem pencernaan yang sihat.
  • Membantu mengurangkan sembelit.



6. Susu Dugro untuk anak sembelit

Sebelum ini Ibu ada menulis review lengkap tentang pelbagai jenis susu dugro di pasaran Malaysia.

Susu untuk bayi sembelit fruit and veg



Bagi mengatasi masalah sembelit, susu tepung dugro yang sesuai ialah Dugro Fruit & Veg.

Malangnya, Ibu tak jumpa pula mana mana jenama susu kambing yang bagus untuk sembelit. Insyaallah kalau ada yang bagus, kemudian hari ibu akan masukkan dalam senarai ni.

3 Tips dari doktor ini telah membantu ramai ibu bapa menyelesaikan masalah sembelit anak mereka. Tak perlu tukar susu formula pun!

Di bawah ini ibu kongsikan petua hilangkan sembelit bayi yang dikongsikan Doktor Hairun Anisa.


pengalaman-doktor-susu-formula-terbaik-sembelit



Assalam

I'm sharing cases yesterday. Semalam constipation day. Pelik kan? Kalau ada seorang datang dengan satu problem, nanti berturut pulak patients yang ada simptom yang sama.

Memang semalam ada baby daripada umur 10 bulan hingga anak umur 4 tahun yang ada masalah najis keras...susah nak buang air besar malah sampai najisnya berdarah sebab luka anusnya (lubang dubur).

Sama aje history nya.

1) Bagi susu Formula Milk (FM) dan too dependant dengan susu formula tu.

Penjelasannya:

Susu formula milk (FM) terutama yang high calorie menyebabkan anak selalu rasa kenyang, digestion susu formula lambat, dan anak rasa mudah sebab tak perlu kunyah. Hisap telan aje).

Sebab itu anak jd kurang selera makan. Susu formula pulak adalah tepung.

Ada campuran kanji seperti corn starch, maka najis akan keras macam kena glue (gam kan buat daripada kanji).

2) Kurang minum air masak (tak termasuk air air lain ye), mak kata bagi air masak tapi jumlahnya setiap hari tak cukup. 

Penjelasannya :

Air masak sangat penting untuk melembutkan najis yang terhasil dlm usus. Jika badan kurang air, maka lebih banyak air daripada usus yang akan diserap ke dalam darah. Maka najis jadi kurang air & keras

3) Kurang pengambilan fiber or serat (ambil tapi tak cukup). 

Penjelasannya :

Serat ni ibarat macam sponge (jika sponge kita yang tinggi fiber, akan senang nak serap air kan?)
Serat besar yang ada dlm makanan tidak diserap balik oleh tubuh & tertinggal dlm usus (maka najis yang ada tinggi serat) untuk menyerap semula air dlm usus yang ada najis & memastikan najis sentiasa lembut.

Serat daripada buah buahan, sayur sayuran dan bijirin berserat tinggi, adalah makanan yang bagus untuk perjalanan usus.

Ada maka kata dah masukkan sayur tapi satu jenis aje sayur dlm bubur atau hidangannya. Ada yang ingat kentang tu pun sayur sedangkan kentang tu sejenis makanan kanji yang boleh keraskan najis. Ia pengganti kepada nasi (karbohidrat).

Ada yang beli serat daripada pharmacy sedangkan serat boleh didapati daripada natural fruit & sayur & oat.

Ada yang ingat susu formula berlabel IT (improve transit) kononnya untuk sembelit tapi tetap sembelit sebab apa? Semuanya sebab tak cukup makan serat & minum air masak.

Macam macam cerita semalam klu nak share. Nanti saya cerita berapa amount air masak yang diperlukan oleh anak anak ye.

Setelah putus susu ibu, after 2 years old boleh diganti dengan susu fresh milk or susu UHT (Full cream), mereka tidak boleh bergantung kepada susu semata mata, maka 3 x susu dah cukup, selebihnya berikan makanan seperti cheese & yogurt dll serta makanan lain yang natural.

Jika anak yang tak menyusu ibu, selepas 1 tahun tak perlu bg susu formula lagi, berikan susu Fresh milk or Full cream UHT (klu susah nak jumpa fresh milk). Nak bg yang ada perasa sekali sekala pun boleh. Tapi sebab ianya manis maka campurlah separuh susu putih & separuh susu berperisa.

Pelbagaikan nutritious drink seperti campurkan susu Fresh dengan horlick or malt chocolate. Pun boleh tapi kurangkan gula ye.

Alhamdulillah ramai patients saya yang berjaya pulih daripada sembelit setelah tukar diet changes tanpa perlu pening pening kepala nak tukar susu formula apa.

Banyak nak kongsi lagi. InsyaAllah jika ada masa. Wassalam.

Kesimpulan tentang kelemahan susu formula.

Masalah sembelit anak anak memang memeningkan kepala kita. Ibu harap perkongsian ini yang serba kekurangan dapat membantu anda walaupun sedikit.

Sebelum Ibu menamatkan bicara, berikut adalah isi penting artikel ini.

  1. Terdapat rumusan khas susu formula khas yang dijual dipasaran untuk membantu mengatasi masalah sembelit anak kita. Boleh cuba jenama yang Ibu kongsikan di atas. Ada 5 semuanya. Jangan beri susu sebarangan untuk anak anak yang masih kecil ya, susu untuk kanak kanak tak sama nutrisinya dengan susu baby. Contohnya, susu fernleaf full cream tu, mana boleh bagi.
    .
  2. Dari pengalaman seorang doktor yang banyak membantu ramai kanak kanak sembelit, terdapat 3 perkara yang dapat membantu mengatasinya tanpa menukar susu anak.
    .
    • Terlalu bergantung kepada susu formula.
    • Anak kita kurang minum air masak.
    • Diet harian anak kita kurang kandungan serat.


Tamat sudah perkongsian Ibu kali ini, sekiranya para pembaca mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.

Apakah Makanan Bayi Yang Terbaik Pada Usia Seawal 6 Bulan?

Photo credit: istockphoto

Seiring dengan umur mereka, bayi akan memerlukan khasiat selain dari susu ibu untuk membantu tumbesarannya. Apabila mencecah usia 6 bulan, ibu dan bapa haruslah memperkenalkan makanan separa pejal kepada bayi anda. Namun, apakah makanan bayi 6 bulan yang sesuai untuk diberikan kepada si manja?

Apakah makanan separa pejal ya? Bagaimana ibu bapa boleh tahu yang si comel sudah pun bersedia untuk menerimanya?

Makanan Terbaik untuk Bayi Seawal 6 Bulan

Seusia enam bulan ke bawah, sistem badan bayi masih tidak matang untuk menerima dan memproses makanan selain dari susu ibu. Namun, ketika usianya menganjak enam bulan, sistem penghadamannya sudah pun matang dan mampu untuk menghadam makanan lain iaitu makanan separa pejal.

Apakah Makanan Separa Pejal?

Makanan separa pejal adalah makanan yang terdiri daripada campuran makanan pejal dan cecair seperti air atau susu. Contoh makanan separa pejal yang paling popular adalah bubur nasi.

Apakah Tanda Bahawa Si Comel Anda Sudah Pun Bersedia untuk Menerimanya?

Apabila bayi anda sudah bersedia untuk menerima makanan bayi, mereka akan menunjukkan tanda-tanda tertentu. Antaranya adalah:

  1. Mula memasukkan tangannya dan benda di sekeliling ke dalam mulut.
  2. Menunjukkan minat kepada makanan selain dari susu. Contohnya, mereka ikut menguyah apabila melihat anda makan dan cuba untuk mengambil makanan anda.
  3. Mampu berada dalam keadaan yang baik dan tegak ketika duduk dan mengekalkannya.
  4. Mampu mengawal pergerakan dan posisi kepala dengan elok.
  5. Menunjukkan reaksi ketika disuap makanan seperti membuka mulut.
  6. Walaupun kuantiti susu yang diberikan sudah pun mencukupi, mereka masih kelihatan lapar.

Apabila bayi anda mula menunjukkan tanda-tanda di atas, itu boleh menjadi petanda bahawa mereka telah bersedia untuk menerima makanan bayi.

Makanan Terbaik untuk Bayi Seawal Usia 6 Bulan

Pengenalan makanan selain dari susu ibu hendaklah dilakukan secara berperingkat. Ini bertujuan untuk merangsang dan melatih deria si comel anda untuk menerima dan bertindak balas pada rasa yang berlainan secara optimum.

Seeloknya, pada permulaan pengenalan, anda haruslah memperkenalkan bayi dengan makanan yang tiada sebarang rasa yang kuat atau tambahan. Menu yang terbaik ketika ini adalah bubur nasi.

Mengapakah bubur nasi dikatakan yang terbaik? Selain dari berkhasiat, bubur nasi amatlah sesuai untuk sistem pencernaan bayi. Ia cukup lembut untuk dikunyah dan dihadam.

Melalui kaedah yang mudah dan ringkas, para ibu dan bapa dapat memperkenalkan menu ini kepada si comel sebagai makanan separa pejal mereka yang pertama.

5 Resepi Mudah Makanan Separa Pejal untuk Si Comel Anda

Resepi Pertama: Bubur Nasi

Cara penyediaan:

  1. Basuh secawan beras putih dengan bersih.
  2. Tapiskannya dalam penapis sehingga separa kering.
  3. Kemudian, sangaikannya di dalam kuali sehingga benar-benar kering.
  4. Masukkan ke dalam mesin pengisar kering dan kisar sehingga menjadi serbuk.
  5. Ambil periuk bersih dan isikan air secawan.
  6. Panaskan di atas dapur sehingga mendidih.
  7. Perlahankan api dan masukkan sesudu besar serbuk beras tadi.
  8. Kacau ia dari masa ke semasa dengan api yang perlahan sehingga campuran air dan beras tadi kelihatan pekat dan masak.
  9. Tutup api dan hidangkan di dalam mangkuk.
  10. Biarkan ia sejuk dan sedia untuk disuap kepada bayi.

Serbuk beras yang telah dikeringkan, disangai dan dikisar sehingga hancur boleh disimpan untuk tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi jika disimpan di dalam peti sejuk.

Jika para ibu dan bapa ingin membuat stok, tambahkanlah kuantiti beras mengikut kesesuaian. Ini akan memudahkan penyediaan makanan bayi anda di kemudian hari. Apabila diperlukan, anda tidak perlu lagi mengulangi langkah 1 hingga 4. Hanya ambil sahaja dari simpanan anda.

Kadang-kadang, anda mungkin risau akan teksturnya. Adakah terlalu kasar untuk si comel anda? Mampu ke mereka kunyah dan hadam dengan sempurna? Para ibu dan bapa usahlah risau.

Kerana ia telah dijadikan serbuk, bubur nasi ini amatlah lembut dan sesuai untuk bayi anda.

Resepi Kedua: Bubur Nasi dan Brokoli

Cara penyediaan:

  1. Basuh setengah cawan brokoli dengan bersih. Seeloknya, basuhlah dengan menggunakan pencuci sayur yang selamat agar segala kekotoran dan racun sayur dibersihkan dengan sempurna.
  2. Letakkan di dalam periuk dan isikan air sehingga ia tenggelam.
  3. Letakkan di atas dapur dan rebus ia sehingga masak.
  4. Masukkan brokoli yang telah masak ke dalam pengisar bersama dengan air rebusannya sedikit.
  5. Kisar ia sampai hancur.
  6. Buka api dan panaskan air rebusan tadi dalam kuantiti secawan air. Jika amaunnya kurang, tambahkanlah secukupnya.
  7. Apabila mendidih, perlahankan api dan masukkan sesudu besar serbuk beras tadi.
  8. Kacau ia dari masa ke semasa dengan api yang perlahan sehingga campuran air rebusan dan beras tadi kelihatan pekat dan masak.
  9. Tutup api dan hidangkan di dalam mangkuk.
  10. Masukkan brokoli yang telah dikisar hancur ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
  11. Biarkan ia sejuk dan sedia untuk disuap kepada bayi.

Apabila si comel telah pun menunjukkan reaksi dan penerimaan positif kepada pengenalan bubur nasi sebagai makanan separa pejalnya yang pertama, anda bolehlah menambahkan makanan yang lain seperti sayur.

Dalam resipi ini, brokoli adalah sayur pilihan yang sesuai untuk bayi. Jika anda mahu, bolehlah menukarkannya dengan sayur hijau yang lain seperti sayur sawi.

Adalah penting untuk ibu dan bapa ketahui bahawa sesetengah bayi sukar untuk menerima puri sayur sahaja sebagai hidangan utama. Maka dalam resepi ini, puri sayur telah pun dicampur dengan bubur nasi supaya si comel anda dapat mengenali dan menerimanya secara berperingkat dengan baik.

Resepi Ketiga: Bubur Nasi dan Lobak Merah

Cara penyediaan:

  1. Basuh setengah cawan lobak merah yang telah dikupas kulitnya dan dipotong kecil dengan bersih.
  2. Letakkan di dalam periuk dan isikan air sehingga ia tenggelam.
  3. Letakkan periuk di atas dapur dan rebus ia sehingga masak.
  4. Masukkan lobak merah yang telah masak ke dalam pengisar bersama dengan air rebusannya sedikit.
  5. Kisar ia sehingga hancur.
  6. Buka api dan panaskan air rebusan tadi dalam kuantiti secawan air. Jika amaunnya kurang, tambahkanlah secukupnya.
  7. Apabila mendidih, perlahankan api dan masukkan sesudu besar serbuk beras.
  8. Kacau ia dari masa ke semasa dengan api yang perlahan sehingga campuran air rebusan dan beras tadi kelihatan pekat dan masak.
  9. Tutup api dan hidangkan di dalam mangkuk.
  10. Masukkan lobak merah yang telah dikisar hancur ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
  11. Biarkan ia sejuk dan sedia untuk disuap kepada bayi.

Dalam memperkenalkan makanan bayi secara berperingkat, adalah disarankan untuk mempelbagaikan rasa dan warna. Bayi anda akan dapat mengenali bau, rasa, warna dan tekstur makanan itu dengan caranya tersendiri dan mengklasifikasikannya satu persatu dengan mudah.

Resepi Keempat: Bubur Nasi dan Labu

Cara penyediaan:

  1. Basuh setengah cawan labu yang telah dikupas dan dipotong kecil dengan bersih.
  2. Letakkan di dalam periuk dan isikan air sehingga ia tenggelam.
  3. Letakkan periuk di atas dapur dan rebus ia sehingga masak.
  4. Keluarkan labu dan lenyekkannya di dalam mangkuk.
  5. Pastikan air rebusan labu di dalam periuk tadi adalah dalam kuantiti secawan air. Jika amaunnya lebih, kurangkanlah sekadarnya.
  6. Panaskannya sehingga mendidih.
  7. Kemudian, perlahankan api dan masukkan sesudu besar serbuk beras.
  8. Kacau ia dari masa ke semasa dengan api yang perlahan sehingga campuran air rebusan dan beras tadi kelihatan pekat dan masak.
  9. Tutup api dan hidangkannya ke dalam mangkuk bersama dengan labu yang dilenyek tadi.
  10. Gaulkannya sebati.
  11. Biarkan ia sejuk dan sedia untuk disuap kepada bayi.

Labu adalah antara sayur yang sangat lembut teksturnya. Oleh itu, apabila ia telah dimasak dengan sempurna, anda tidak perlu lagi mengisarnya tetapi cukup dengan sekadar melenyeknya dengan sudu sehingga hancur.

Resepi Kelima: Bubur Nasi dan Pisang

Cara penyediaan:

  1. Lenyekkan separuh pisang yang telah dibuang kulit di dalam mangkuk.
  2. Ambil periuk bersih dan isikan air secawan.
  3. Panaskan di atas dapur sehingga mendidih.
  4. Perlahankan api dan masukkan sesudu besar serbuk beras tadi.
  5. Kacau ia dari masa ke semasa dengan api yang perlahan sehingga campuran air dan beras tadi kelihatan pekat dan masak.
  6. Tutup api dan hidangkannya ke dalam mangkuk bersama dengan pisang yang dilenyek tadi.
  7. Gaulkannya sebati.
  8. Biarkan ia sejuk dan sedia untuk disuap kepada bayi.

Apabila anda telah memperkenalkan satu persatu jenis makanan dan kepelbagaiannya, untuk menu seterusnya, bolehlah jika anda mahu memberikan puri sayur sebagai contohnya, sebagai menu utama.

Contohnya, jika bayi anda telah pun dapat menerima makanan separa pejal dengan elok, anda bolehlah memberikannya puri pisang sebagai menu utama. Dengan itu, bayi anda tidaklah keliru kerana mereka telah mengenali rasa dan bau pisang itu.

Apabila bayi anda mula menunjukkan reaksi positif terhadap makanan lain selain susu, perkenalkanlah makanan separa pejal kepada mereka mengikut penerimaannya.

Seeloknya, biasakan si comel anda dengan bubur nasi terlebih dahulu berbanding dengan makanan yang rasa dan baunya lebih kuat kerana bagi sesetengah bayi, apabila mereka telah pun merasa kemanisan buah pisang sebagai contohnya, mereka tidak lagi mahukan bubur nasi yang rasanya lebih tawar.

Harus diingatkan, dalam penyediaan makanan bayi, antara faktor penting yang harus dititikberatkan ialah kebersihan. Pastikan peralatan memasak dan persekitaran tempat duduk bayi adalah bersih dan selamat untuk kebaikan bersama.

Comments

  1. Are you learning english? Do you want to read short english stories? Are you looking for an easy english story to read? Do you want free audio books and english stories?
    This is the app for you. Read to easy and beautiful short stories in English to improve your vocabulary and speaking skills. bedtime english stories for Beginners application will make you practice your English skills in a fun, easy and authentic way.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Batuk Bayi (Selain Menggunakan Bahan-Bahan Di Rumah)

Tanda tanda Mengandung Anak Perempuan Bakal Ibu wajib Tahu